Travel

Mari Melancong di Malaysia

Malaysia adalah sebuah negara yang terbaik jika anda ingin bercuti yang terletak di benua Asia Tenggara. Dengan pelbagai tempat menarik untuk dilawati, Malaysia telah menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Ikuti senarai ini untuk ambil tahu tentang tempat yang harus anda kunjungi jika anda merancang untuk pergi melancong di Malaysia.

1. Melaka

Di kenali sebagai negeri yang terawal di Semenanjung Malaysia, Melaka mempunyai banyak tempat menarik yang anda boleh lawati. Melaka dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah, Melaka Darul Azim atau Negeri Hang Tuah. Melaka telah diisytiharkan oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia (World Heritage). Kenali sejarah permulaan Malaysia dan pemerintahan British di Malaysia dengan sejarah Melaka. Disini terdapat pelbagai tempat bersejarah yang anda boleh kunjungi sambil pelajari sejarah negara kita.

Lihat tempat menarik di Melaka yang anda boleh lawati seperti di bawah.

1. Freeport A’famosa Outlet Village

2. The Pirate Adventure Melaka

3. The Shore Sky Tower

4. Melaka Upside Down House

5.Melaka River Cruise & Street Art

Lihat video ini untuk pengalaman menaiki Melaka River Cruise di waktu malam

2. Pulau Pinang

tempat menarik di penang

Dipisahkan diantara Negeri Kedah di sebelah Utara dan Timur, Negeri Perak di sebelah Selatan dan Perairan Selat Melaka dan Sumatera (Indonesia) di sebelah Barat. Pulau Pinang atau Penang terletak berhampiran dengan persisiran barat laut Semenanjung Malaysia. Pulau Pinang terdiri daripada bahagian pulau dan juga tanah besar yang dikenali sebagai Seberang Perai. Keluasan kawasan pulau adalah 285 km2 yang terpisah sepenuhnya daripada Seberang Perai.

Pastikan anda tidak terlepas daripada senarai tempat menarik di Penang ini.

1. PENANG ESCAPE THEME PARK

2. MUZIUM MAINAN (TOY MUsEUM)

3. BUKIT BENDERA, PENANG

4. PANTAI BATU FERRINGHI, PENANG

5. PENANG STREET ART

3. Perak

Penemuan arkeologi menunjukkan bahawa Perak telah didiami sejak zaman prasejarah. Legenda menceritakan tentang sebuah kerajaan Hindu-Melayu yang disebut Gangga Negara di barat laut Perak. Dikenali sebagai Perak Darul Ridzuan, adalah merupakan negeri yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia selepas Pahang, dan keempat terbesar di Malaysia.

Terdapat pelbagai tempat menarik di Perak yang anda perlu tahu, lihat senarai di bawah:

1. Gua Tempurung

2. Kellie’s castle

3. Sam Poh Tong temple (Cave Temple)

4. Zoo Taiping & Night Safari

5. Lost World Tambun

4. Cameron Highland

Jemu dengan cuaca panas dan kesesakan ibu kota? Larilah sebentar ke Cameron Highland, destinasi nyaman yang terkenal dengan udara sejuknya yang dingin dan pemandangan yang menakjubkan. Menjadi destinasi sasaran popular pelancong tempatan dan antarabangsa terdapat pelbagai tempat menarik di Cameron Highland. Baca sendiri mengenai untuk tempat menarik di Cameron Highland senarai di bawah

1. BIG RED STRAWBERRY FARM

2. TAMAN RAMA-RAMA

3. LADANG LEBAH DI CAMERON HIGHLAND

4. 3D WALL ART STUDIO CAMERON HIGHLAND

5. LADANG TEH BOH SUNGAI PALAS

5. Langkawi

Pulau Langkawi adalah salah satu daripada lokasi utama pelancongan di Malaysia. Ianya merangkumi 99 pulau yang terpisah daripada Semenanjung Malaysia di sepanjang Selat Melaka. Berkeluasan hampir 48,000 hektar, Pulau ini dipenuhi dengan tempat-tempat menarik yang patut dikunjungi. Selain itu, Pulau Langkawi dan lagendanya tidak dapat dipisahkan, terutamanya Mahsuri.

Senarai tempat menarik di Langkawi:

1. Oriental Village

2. Air Terjun Telaga Tujuh

3. Makam Mahsuri

4. Kereta Kabel Langkawi

5. Skybridge

Kami berharap anda dapat mengetahui sedikit tentang tempat melancong yang popular di Malaysia daripada artikel ini. Kami akan tambah senarai ini di masa akan datang.